Sempadan qaryah

Thursday, September 17, 2009

Apakah ”sempadan qaryah” yang mesti dilepasi bagi tujuan perkiraan bermulanya musafir?

  • pagar, kota atau tembok bagi negeri atau qaryah yang berkota
  • parit, kubu, jalan besar, sungai,pintu gerbang dan sebagainya jika tiada kota
  • jika tiada kota atau parit, maka dikira apabila melintas keluar kawasan akhir perumahan yang didiami orang dalam qaryahnya, tidak disyaratkan melintasi kawasan kebun dan ladang.
  • jika tiada kesemua itu, maka disyaratkan melintasi kesemua rumah dalam kawasan kediamannya (rumah yang didiami), tidak termasuk melintasi runtuhan-runtuhan yang terdapat di dalam kawasan kediamannya kerana ia bukannya rumah yang didiami.
  • jika dua kampung bersambung tanpa sempadan, maka dikira satu qaryah, jika berpisah memadai dengan melintasi sempadan qaryah antaranyajika perjalanan di laut sempadannya apabila kapal mula bergerak dari pelabuhan(Fiqh Solat, hal 391 / Panduan Solat Musafir, hal 13-14 / Hukum dan Persoalan Solat Jamak dan Qasar, hal 51-52)

Sumber: 120 PERSOALAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK DAN QASAR Oleh: Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustaz Azhar Yahya

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket