Thursday, September 17, 2009

 

Masjid KUIS

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “ Barangsiapa mendengar seruan azan namun ia tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya kecuali uzur” ( Sahih diriwayatkan oleh Abu Daud no.551)

Diriwayatkan dari Abud Darda’ r.a ia berkata: Bahawasanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Apabila ada tiga orang dalam satu kampung atau desa lalu mereka tidak menegakkan solat berjemaah pastilah syaitan menguasai mereka. Hendaklah kalian menjaga solat jemaah, kerana serigala itu memangsa kambing yang sendirian [yang terpisah dari rombongannya]. (Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud no. 547)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya solat yang paling berat atas kaum munafiqin adalah solat ‘Isyak’ dan Fajar, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan menghadirinya meskipun dengan merangkak. Sungguh betapa ingin rasanya aku memerintahkan orang-orang untuk solat kemudian aku memerintahkan seseorang untuk mengimami mereka. Lalu aku pergi bersama beberapa orang laki-laki dengan membawa kayu bakar menjumpai orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, lalu aku bakar mereka bersama rumah-rumah mereka dengan api.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: Ensiklopedia Larangan Menurut Al-Quran dan As-Sunnah oleh Syaikh Salim Bin ‘Ied- Al-Hilali  “Solat Berjemaah” Bab: Larangan Keras Meninggalkan Solat Berjemaah Tanpa Uzur m/s 481-482.

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket