Bilakah berakhirnya musafir?

Thursday, September 17, 2009

 

Bilakah berakhirnya musafir yang juga menandakan tamatnya keharusan solat qasar?


Musafir akan dikira berakhir apabila:

  • sampai ke destinasi yang dituju dan dia berniat sebelum sampai ke tempat itu bahawa ia akan tinggal di situ semata-mata (tidak akan pergi musafir pula ke tempat lain)
  • niat untuk berhenti (bermukim) di suatu tempat selama empat hari yang sempurna atau lebih beserta malamnya, tidak termasuk hari sampai dan hari akan bertolak semula.(contohnya jika kita musafir ”cuti-cuti Malaysia” dan telah menempah hotel selama 6 hari, maka bila tiba ke destinasi percutian tidak lagi boleh mengqasar solat kerana telah berniat untuk bermukim 4 hari dan ke atas - penulis).
  • sampai ke tanah air tempat permulaan perjalanannya. (masuk sahaja si musafir ke dalam sempadan qaryah, ia tidak boleh lagi mengqasar solat - penulis)


(Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil 2, hal 1359)Sumber: 120 PERSOALAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK DAN QASAR Oleh: Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustaz Azhar Yahya

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket