Maksud Solat Qasar

Thursday, September 17, 2009

 

Apakah maksud solat qasar dan apakah solat solat yang boleh diqasarkan?

  • Solat qasar ialah memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Ia adalah kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berada dalam musafir yang diharuskan oleh syarak.
  • Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak.
  • Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan dengan ijmak ulama kerana solat Subuh jika diqasarkan bilangan rakaatnya tidak menjadi genap(ganjil) manakala solat Maghrib tidak boleh diqasarkan menjadi dua rakaat (kerana bilangan rakaatnya tiga rakaat pada asalnya), juga tidak boleh diqasarkan kepada satu rakaat kerana satu rakaat adalah bilangan yang ganjil.
    (Al-Muktamad, jil 1, hal 458-459 / Panduan Solat Musafir, hal 10)

Sumber: 120 PERSOALAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK DAN QASAR Oleh: Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustaz Azhar Yahya

1 comments:

Unknown said...

GG❤

Post a Comment

 
◄Design by Pocket