Orang yang sentiasa musafir haruskah qosarkan solat?

Thursday, September 17, 2009

 

Orang yang sentiasa berada dalam musafir dan membawa bersamanya keluarganya, contohnya seperti kelasi atau anak kapal yang sentiasa belayar di atas kapal, adakah diharuskan qasar solat?


Menurut Imam Syafie diharuskan qasar solat kerana umumnya nas yang mengharuskan qasar solat. Akan tetapi yang lebih afdhal ialah meninggalkan qasar kerana untuk mengelakkan khilaf dengan mazhab lain yang tidak mengharuskan qasar solat dalam situasi sedemikian kerana orang seperti itu(sentiasa berada dalam musafir) tidak mempunyai watan khusus selain kenderaannya. Para ulama mazhab Syafie bersepakat dalam hal berkenaan.(Al-Mufassal Fi Ahkamil Mar ah, jil 1, hal. 235. Al-Muktamad, jil 1, hal466)
Berdasarkan kepada pandangan Mazhab Syafie yang diperbincangkan di atas maka bahawa harus juga kepada juruterbang dan pramugari atau sesiapa yang hampir sama keadaan profesionnya untuk mengambil keringanan mengqasarkan solat. Akan tetapi yang lebih afdhal ialah meninggalkan qasar.Menurut Syeikh Atiyyah Saqar (Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar) orang yang sentiasa berada dalam musafir mempunyai dua keadaan:


Keadaan Pertama:
Mereka membawa bersama anak dan isteri mereka serta keperluan hidup mereka di atas
kapal tersebut (seperti makanan dan pakaian) dan menjadikan kapal atau kenderaan yang dinaiki sebagai rumah kediaman mereka, maka mereka adalah seumpama orang yang bermukim, tidak harus mengqasar solat dan tidak harus berbuka puasa (kecuali jika mudharat).


Keadaan Kedua:
Mereka yang kerjanya sentiasa di atas kapal tetapi tidak membawa bersama di atas kapal itu
anak isteri serta keperluan hidup mereka, sebaliknya mereka mempunyai watan (tanah air
yang menjadi tempat tinggal). Mereka banyak bermusafir disebabkan profesion dan pekerjaannya sudah sedemikian, maka mereka adalah musafir buat sementara (bukan selamalamanya musafir seperti golongan pertama di atas) dan diharuskan qasar solat.(Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar, Fatawa Al-Azhar, Maktabah Al- Syamilah)


Sumber: 120 PERSOALAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK DAN QASAR Oleh: Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustaz Azhar Yahya

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket