Jarak perjalanan qasar

Thursday, September 17, 2009

 

Berapakah jarak perjalanan yang mengharuskan qasar solat?
Menurut jumhur ulama’ (Malikiyyah,Syafieyyah dan Hanabilah) jarak perjalanan yang mengharuskan qasar solat ialah:

  1. empat barid atau;
  2. 16 farsakh atau;
  3. 48 batu hasyimiyah atau;
  4. dua marhalah bagi perjalanan unta yang membawa barang yang berat atau;
  5. dua hari berjalan kaki dengan perjalanan biasa.


Manakala dalam pengiraan zaman moden atau mengikut ukuran sekarang :


Menurut Syeikh Muhammad Khatir (Mufti Mesir tahun 1977) jarak yang mengharuskan qasar solat ialah 81KM dan menurut Dr. Muhammad Bakar Ismail (salah seorang ulama Al-Azhar) jarak yang mengharuskan qasar solat ialah 89KM manakala menurut Sayyid Ahmad Husaini di dalam kitabnya Zadul Musafir , beliau telah mentahkikkan bahawa jarak yang mengharuskan qasar solat ialah lebih kurang 90KM.
Menurut Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili, jarak dalam ukuran kilometer secara tepat mengikut
ukuran hari ini ialah 88.704 KM atau secara genap 89KM.
Manakala menurut Dr Mustofa Bugho dan rakanrakannya,Prof Dr Muhammad Az-Zuhaili(pengarang kitab fiqh Syafie terkini Al-Muktamad Fil Fiqh Asy-Syafie) jarak yang tepat dalam ukuran kilometer ialah 81 KM.
Menurut Dr Basri Ibrahim (Pensyarah Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman
Malaysia), hadis-hadis nabi tidak menentukan jarak musafir, ia diserahkan kepada uruf (adat kebiasaan ) yang menentukan sesuatu perjalanan itu dikira sebagai musafir. Hari ini perjalanan sejauh 80KM sudah boleh dianggap perjalanan yang mengharuskan solat qasar.
Kesimpulannya, jarak yang mengharuskan qasar solat ialah di antara 80-90KM bagi perjalanan sehala sahaja)
(Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, jil 2, hal 1343./Al-Muktamad, jil 1, hal 46./ Al-Fiqh Al-Manhaji, jil 1,hal 191/Fatawa Al-Azhar dari DVD Al-Maktabah Asy-Syamilah/Al-Fiqh Al Wadhih, jil 1,hal 221/Fiqh Perbandingan, hal 16 )


Sumber: 120 PERSOALAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK DAN QASAR Oleh: Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustaz Azhar Yahya

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket